Anda semua dijemput ke Tapak Pasar Tani Bukit Sentosa, Rawang, 9 April 2010, Jumaat pada jam 3 petang. Program Jualan Amal bersama penyampai ERA dengan kerjasama FAMA Negeri Selangor untuk membantu keluarga Allahyarham Din Beramboi. Selain itu, tujuan pihak FAMA dan peserta pasar tani mengadakan Program Jualan Amal bagi membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira status dan kedudukan.